Pages

Temuduga terlampau


Seorang lelaki berjalan masuk ke bilik untuk ditemuduga...

Penemuduga itu pun mula bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"

Lelaki menjawab, "Ke mana hilangnya kedua-dua belah telinga tuan?"

Penemuduga: "Awak keluar sekarang !!! panggil lelaki seterusnya masuk"

Lelaki kedua pun berjalan masuk untuk ditemuduga.

Penemuduga itu bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"

Lelaki itu pun menjawab, "Kenapa tuan takde telinga?"

Penemuduga: "Awak pun keluar sekarang !!! panggil lelaki seterusnya masuk"

Lelaki kedua itu pun berjalan keluar dengan sedih sambil berkata kepada lelaki ketiga...

"Kalau penemuduga tu tanya pasal diri dia, kau jangan jawab dia takde telinga...Nanti dia suruh kau keluar"

Lelaki ketiga pun berjalan untuk ditemuduga...

Penemuduga itu bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"

Lelaki itu pun memberi respon, "tuan pakai contact lense kan? Berseri-seri mata tuan...hehe "

Penemuduga itu berkata, "Wah..pandai kau puji aku eh, macam mana kau tau aku pakai contact lense?"

Lelaki ketiga berkata, "Kerana tuan takde telinga untuk menggantung cermin mata tuan"...

Penemuduga pun lalu berkata...You also get out...getttt ooooouuuuttt !!! #%^^&%*&*

No comments:

Post a Comment

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....