Pages

Kisah Orang Gaji

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation , dan kebetulan yang
menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak?
Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu
tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang.
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam
renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Boy and Girl

Girl : Tumbuk Tangan BF*
Boy : Sabar*
Girl : Tumbuk Kuat Kuat*
Boy : Sabar Lagi*
Girl : Nape Awak Tak Balas Balik?
Boy : Awak Buat Penumbuk Macam Tu, Comey Sangat Sayang, Kalau Awak Tumbuk Bukan Rasa Pon, Rasa Tambah Sayang Dekat Awak Adalah.
Girl : Kalau Aku Pukul Pakai Kayu?
Boy : Memang Aku Pijak Hang Hidup Hidup ! :)

Lawak budak kolej

"Satu malam,4 org pelajar kolej tlh brseronok sampai tengah malam walaupn esoknya mereka ade ujian. Esoknye,mereka berempat memikirkn 1 idea yg bernas untuk mengelak mengambil ujian trsebut.lalu mereka menyapu muka mereka dengan minyak grease dn kotoran2 lain. Setibanye mereka ke kolej,mereka memberi alasan yg tayar kereta mereka bocor jd mereka tidak sempat untuk hadir mengambil ujian itu.Pensyarah yg mengendalikan ujian itu berkata mereka boleh mengambil ujian itu 2 hari lagi.selepas berterima kasih,mereka pn keluar dengan gelak ketawa. Dua hari selepas itu,pensyarah itu mengatakn yg ujian yg mereka akn duduki itu istimewa lalu mereka berempat di letakkn di 4 bilik berasingan. Mereka bersetuju kerana mereka tlh bersedia sepenuhnye. Berikut adalah ape yg trkandung dlm kertas ujian mereka:

Ujian ini mengandungi 2 soalan dengan jumlah markah 100.

Q.1)Nama Anda:____________(2 markah)

Q.2)Tayar mana yang bocor?(98 markah)

A.Depan Kanan B.Depan kiri C.Belakang Kanan D.Belakang Kiri

Agaknya apa perasaan 4 pelajar itu semasa tengok kertas soalan? Haha!

Pakcik Cupit

Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?
Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.

Budak: Terima kasih
Pak Cupit: Sama-sama

Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?
Pak Cupit: Tolong ape?

Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak pakcik cium bontot saya?
Pak Cupit: Celaka punya budak!

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke sebuah gerai menjual jambu.

Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak cik?
Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00 petang?

Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul 3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa ?
Pak Cupit: !@#$%^&

Nama Unik

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Jaya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Cemerlang dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Kerja Sekolah

Cikgu : siapkan kerja cepat
Murid : *Buat Bodoh*
cikgu : okay sape tak siap tak boleh balik
Murid : *kelam kabut*

Seloka McD

Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ad3 ?
-mcD : ad3
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur
-mcD : (baling telefon)

Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika)

Kisah Suami Yg Tertekan HP

ISTERI: Kenapa abg call?

SUAMI: Abg tertekan.

ISTERI: Abg ok? Abg ada masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...

ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la....

SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...

ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...

SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke?

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call isterinya)

Pak Pandir Dan Kasut Getah


Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah...
dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana
tIdak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah..
Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan
untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar
harga kasut sebelum membayar.


Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit.
Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong.
Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut. setelah mencuba dan
berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka
Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut.
Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah.
Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.
Dia pun berkata, "Boleh kasi kurang kah tokeh?".
Tokeh kedai menjawab "Berapa awak minta kurang?"
Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah.."
Tokeh itu menjawab, "Ok lah,... pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit"
Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul.
Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya
perihal dia menawar harga kasut tersebut.
Isterinya bertanya, "Berapa harga kasut tu bang?"
Pak Pandir menjawab, "Harganya enam ringgit setengah... saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit.
jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.."
Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir.. dia bengong bagaimana
harga enam ringgit setengah bila di tawar harga menjadi semakin tinggi...
Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah di tawar jadi sepuluh ringgit...
Pak Pandir selamba menjawab..., "Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar duabelas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgitlah" jawab pak pandir.



Isterinya berkata dalam hati... "Laki aku ni bodoh ke bangang ahhh.....??!!"

Share this lawak:

Burung Istimewa


Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah special..

Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni special..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....