Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya
amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat
pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah
seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada
orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik
lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap
malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang
tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya
sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si
budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
No comments:
Post a Comment