Pages

Dua Sudu


SEDANG Burhan dan Budin menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar, tiba-tiba sudu mereka diambil oleh Pak Cupit.

Dengan perasaan marah Burhan mengherdik Pak Cupit "Woi orang tua! Dua-dua sudu kami kau ambil, macam mana kami nak makan?"

Pak Cupit memohon maaf "maaf nak, pak cik terpaksa ambil sudu anak, sebab pak cik ni sakit"

"Kalau sakit kenapa perlu ambil sudu orang?" tanya Budin pula kehairanan.

"Pak cik baru lepas makan, doktor kata kalau nak cepat sembuh, kena ikut arahan yang tertulis pada botol ini" jelas Pak Cupit sambil menunjukkan botol ubat miliknya yang bertulis "AMBIL DUA SUDU SELEPAS MAKAN"

No comments:

Post a Comment

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....